Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 sehingga kini masih belum terjawab.
Ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh banyak pihak samada di dalam
mahupun diluar negara dalam pelbagai bentuk ilmu nyata dan juga ilmu
ghaib. Semua pihak termasuk pakar-pakar ilmu nyata (ilmu yang
bersumberkan maklumat dan kebijaksanaan sains) sungguh bingung
memikirkan bagaimana sebuah pesawat yang begitu canggih, bergerak di
dalam laluan yang rendah risiko, boleh hilang begitu sahaja tanpa dapat
dikesan.
Bagi pengamal ilmu ghaib dan juga kepada mereka yang mempercayai
kebesaran Allah S.W.T. perkara ini bukanlah sesuatu yang terlalu bingung
untuk difikirkan. Bagi pengamal ilmu perubatan tradisional yang
terkenal yang dikatakan boleh berbicara dengan alam ghaib iaitu Mahaguru
Ibrahim Mat Zin, beliau menyatakan bahawa melalui tilikannya yang
dilakukan di KLIA, pesawat malang tersebut telah disembunyikan oleh
makluk bunian dan pesawat tersebut dan para penumpangnya masih selamat
hidup cuma masih belum masanya lagi untuk 'dilepaskan' kembali ke bumi.
Pendapat dan kaedah yang digunakan oleh para pengamal perubatan
tradisional ini ada yang mengatakan sebagai tahyul dan khurafat, tahyul
dan boleh memberikan gambaran yang songsang terhadap ajaran Islam.
Benarlah jika sekiranya ianya dikaitkan dengan Islam, tetapi bagi aku,
apa yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional atau bomoh ini
bukanlah ajaran Islam tetapi ianya adalah budaya di dalam dunia melayu
dan ianya telah diamalkan sejak sekian lama. Orang asing tidak
menganggap bahawa itu sebahagian amalan Islam tetapi mereka menganggap
itulah sebahagian daripada budaya melayu. Cuma kebetulan ianya dilakukan
oleh orang Islam. Bagi orang Islam seperti aku ini, apa yang
diperkatakan oleh bomoh itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai
akan kebenarannya.
Namun demikian, keberkesanannya budaya ini dipercayai kerana acap kali
kita diperdengarkan dengan berita dimana orang yang sesat dihutan
berhari-hari akhirnya dijumpai dikawasan yang sungguh tidak masuk akal
setelah mendapat bantuan para bomoh. Adakalanya ianya dijumpai dikawasan
yang tidak disangka-sangka. Dalam hal ini, aku tidak mahu mengulas
panjang, tetapi aku yakin bahawa alam bunian yang dimaksudkan itu adalah
alam jin. Jin dan manusia berkongsi dunia yang sama, berkongsi ruang
udara yang sama, berkongsi air yang sama. Mereka juga membentuk kerajaan
mereka sendiri sebagaimana manusia membentuk kerajaan. Isunya kenapa
mereka 'menculik' pesawat berkenaan. Mungkinkah ianya dilakukan atas
arahan seseoprang yang begitu marah dengan kerajaan Malaysia. Siapa?
Dua hari lepas, sedikit harapan menjelma bilamana terjumpanya tompokan
minyak di Lautan Cina Selatan dan juga terjumpanya objek yang
memungkinkan ianya adalah sebahagian daripada serpihan kapalterbang
malang tersebut. Namun semuanya kecewa pabila tompokan minyak tersebut
disahkan bukan milik pesawat tersebut dan juga objek yang terampung itu
juga disahkan hanyalah longgokan kayu terampung. Harapan para pencari
dan pihak berkuasa semakin bercelaru. Sekarang ini mereka mula keblai
kepada pangkal kepada misteri ini.
Pihak berkuasa cuba untuk mengaitkan kehilangan misteri ini dengan
keganasan bilamana terdapatnya 2 orang penumpang misteri di dalaam
penerbangan berkenaan. Penumpang misteri ini dipercayai telah
menggunakan pasport kepunyaan orang lain. Fakta ini telah menimbulkan
spekulasi baru bahawa berkemungkinan pesawat malang berkenaan telah
dirampas. Perkara ini telah menarik minat para penyiasat daripada negara
luar termasuk FBI. Menurut menteri dalam negeri Zahid Hamidi, wajah
penumpang misteri itu adalah berwajah asia. Menurut DCA pula mengatakan
penumpang misteri itu berwajah afrika (berwajah balotelli). Ada berita
terbaru dari Thailand yang mendakwa bahawa penumpang misteri itu adalah
rakyat Iran yang sedang mencari suaka politik ataupun penempatan baru di
Jerman dan Denmark. Entahlah mana satu yang betul.
Dalam pada itu terdapat nelayan tempatan yang mendakwa mereka ada
melihat satu kapal terbang yang terbang rendah pada malam kejadian iaiti
kira-kira 1.40 pagi Sabtu. Ada penduduk awam pula mendakwa beliau
melihat cahaya terang di laut Cina Selatan pada waktu yang hampir sama
pesawat malang itu hilang dari radar. Semua maklumat-maklumat ini telah
dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada
masa yang sama, para nelayan laut dalam yang sedang menjalankan kegiatan
menangkap ikan pada waktu kejadian mendakwa bahawa mereka tidak melihat
sebarang letupan di lautan. Kenyataan ini boleh membantu untuk menolak
ramalan bahawa pesawat tersebut telah terhempas. Ianya semakin
membingunkan para pencari dan juga penyiasat.
Dalam masa yang sama ada waris penumpang di Cina mendakwa bahawa beliau
berjaya menghubungi telefon satelit abangnya sebanyak 3 kali selepas
kejadian. Kalau benar, bermakna kapal terbang berkenaan tidak hancur dan
tidak tenggelam di dalam air kerana kalau ianya hancur dan tenggelam di
dalam air adalah mustahil untuk telefon satelit menerima panggilan.
Di akhir coretan kali ini, aku ingin merumuskan bahawa terdapat dua
kemungkinan yang bermain dalam fikiran aku iaitu pertamanya kapal
terbang itu mengalami kerosakan teknikal dan juruterbangnya berjaya
mendarat di atas air tanpa terhempas tetapi pesawat telah tenggelam
secara perlahan-lahan tanpa sempat anak-anak kapal melakukan tindakan
kecemasan. Kenapa ianya tenggelam dengan begitu cepat, mungkin juga
akibat kebocoran pada perut pesawat. Isunya kenapa juruterbangnya atau
pembantu juruterbangnya langsung tidak menggunakan kecanggihan yang ada
di dalam pesawat berkenaan untuk menghubungi sesiapa sahaja dan juga
kenapa pemilik telefon statelit yang didakwa berada di dalam pesawat
berkenaan tidak cuba menghubungi saudara -mera mereka dikesempatan yang
ada tersebut. Mustahil juga kerana setahu aku anak-anak kapal telah
dlatih untuk keluar dari pesawat dalam masa 90 saat sebaik sahaja
pesawat mendapat dalam keadaan kecemasan. Maknanya jika pesawat berjaya
mendarat di dalam laut tanpa terhempas dan akhirnya tenggelam, anak-anak
kapal mempunyai masa yang cukup untuk keluar dari pesawat dan kapten
pesawat dan pembantunya mempunyai masa untuk menghubungi sesiapa sahaja
untuk bantuan. Jika pesawat tersebut terhempas dan langsung tenggelam
tanpa meninggalkan kesan, inilah yang kemungkinan besar berlaku kepada
pesawat berkenaan. Aku percaya inilah kemungkinan yang sedang bermain di
benak para pencari.
Kemungkinan kedua ialah pesawat tersebut itu telah dijadikan pesawat
'halimunan' iaitu pesawat yang langsung tidak dapat dikesan oleh radar
ataupun ianya diterbangkan diluar radar dan dibawa ke satu distinasi
baru. Dalam erti kata lain ianya dirampas. Isunya siapa yang cukup
berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang cukup mahir berkenaan
pesawat MH370 tersebut dan kenapakah pihak ini bertindak demikian. Kalau
untuk tujuan tebusan, sudah tentu sudah ada tuntutan daripada pihak
berkenaan kepada kerajaan Malaysia. Mungkin juga mereka sengaja
membiarkan dahulu ataupun 'hold' dahulu tuntutan mereka sehinggalah
disaat dimana kerajaan Malaysia sudah terlalu tertekan, maka barulah
mereka membuat tuntutan. Namun demikian, isunya mampukah pihak perampas
ini menutup sebuah kapal terbang yang begitu besar tanpa diketahui oleh
orang awam. Kalau ada, sudah tentu negara yang digunakan untuk
menyembunyikan pesawat ini adalah sebuah negara yang cukup mundur yang
mana rakyatnya langsung tidak mempunyai alat komunikasi moden seperti
facebook, twitter dan sebaginya. Adake negara sedemikian dalam
lingkungan 7 jam perjalanan dari tempat terakhir pesawat tersebut
dikesaan? Kalau inilah cerita sebenarnya, maka kerajaan Malaysia
sebenarnya sedang 'diserang'. Siapa yang menyerang, siapa yang begitu
benci dengan kerajaan Malaysia, takkan Anwar dan kuncu-kuncunya.
Walaupun aku percaya mereka cukup benci dengan kerajaan BN, tetapi aku
tidak percaya mereka sanggup melakukan perbuatan sekejam itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan