Kecewa dengan tuduhan tersebut, Aidil Zafuan tampil membersihkan nama isterinya. Tugas seorang suami sememangnya untuk membela isteri. Kalau bukan Aidil yang bela, siapa lagi kan? Kata Aidil:-
Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.
Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?
Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.
Aidil juga telah memberikan penjelasan panjang lebar bersama wartawan Mstar Online mengenai kata-kata yang telah dilemparkan oleh bekas isterinya itu. Dipendekkan cerita, Aidil nyata tertekan dengan sikap bekas isterinya yang tidak habis-habis memburukkan namanya. Hmmmm. Mungkin kalau Aidil bersikap lebih bertanggungjawab, perkara-perkara sebegini tak akan berlaku? Siapa tahu kan? Ikuti wawancara penuh Aidil dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?
Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.
Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?
Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.
Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak?
Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.
Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Oh… Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu?
Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia
mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi
dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang
hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti
burukkan nama saya?
Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah
dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit,
dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.
Kesal dengan tindakan Rita?
Saya memang kesal dengan sikapnya yang
tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar
Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk
luahkan perasaan. Saya bukannya artis.
Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan
sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau.
Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal
isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.
Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak?
Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang
tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan
kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau
tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan
saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru.
Jika benarlah dia masih tidak berpuas
hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap
anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian
daripada orang sahaja.
Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini?
Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.SUMBER :http://beautifulnara.com/kenapa-rita-mesti-burukkan-nama-saya-aidil-zafuan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan