WAKIL Kedutaan Russia,
Lyudmila Vorobyeva mengadakan sidang media berkenaan nahas MH17 di
Kedutaan Russia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Asyraf
Hamzah
KUALA LUMPUR: Russia puji sikap Malaysia yang tidak menyebelahi
mana-mana pihak berhubung insiden pesawat MH17 yang terhempas selepas
ditembak di Ukraine, Khamis lalu.
Dutanya, Lyudmila G Vorobyeva, berkata Malaysia bersikap neutral dan
tidak menyalahkan sesiapa seperti sesetengah pihak lain tanpa sebarang
bukti kukuh.
"Walaupun pelbagai tuduhan seperti rakaman audio palsu dan gambar palsu.
Malaysia tidak menuduh Russia tetapi lebih menumpukan kepada proses
siasatan insiden," katanya pada sidang media di Kedutaan Russia di Jalan
Ampang, di sini, sebentar tadi.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH17_RussiapujisikapMalaysiabersikapneutral/Article/?mutakhir=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan